Thursday, February 16, 2012

kenapa semua perlukan duit?aku STRESS..

salam 1 Malaysia korangs. aku ada benda nak drop dalam belog aku ni.memang secret yang aku rasa tak mampu nak cakap kat siapa siapa sebab aku taknak dengar jawapan 'pulang-balik' dari mereka.cakap dekat belog, takde orang nak reply,kan? aku ni sebenarnya tengah pening memikirkan persiapan kahwin. siapa taknak buat majlis grand grand?kahwin kan sekali aje dalam hidup. insya allah, dengan izin-Nya, sekali ajelah.tapi tu la masalahnya, aku ni dah la menanggur, nak top up henpon pun macam terbatuk batuk nak korek tabung syiling, ni kan pulak nak kahwin.orang sedap la mengata kite pihak perempuan, menerima aje..ape nak banyak fikirkan duit?duit hantaran tu, sebat aje la.susah kalau orang dah keluarkan ayat macam ni.aku naik bengang tau tak?aku ni harapkan tunang aku tu bagi duit untuk semua persiapan. dah la masa bertunang tu pun dia yang kuarkan duit dia untuk aku beli barang hantaran semua, ni kahwin, aku nak la beli yang macam aku angan angankan. kalau lah aku ada kerja, ada gaji, mesti entri busuk ni tak keluar weh.sumpah aku rasa stress.sedih pun ade jugak sebab banyak benda aku nak buat, tapi terhalang sebab aku TAKDE DUIT. sekarang aku tengah gigih cari kerja.aku nak kene bayar banyak tanggungan. Makcid aku je dah telan 5rat, hutang pendidikan lagi, there's so much things to do with money, and i cant do anything since i dont own any single cent! ada satu tahap tu, aku nak putuskan semua ni, aku nak kumpul harta baru nak kahwin.orang kata nak kawen ni bukan pakai sikit sikit punya duit.berkepuk weh kalau nak guna.mak aku estimate aje dalam rm12-15k.hantaran rm10k aje.sape nak sapot 5k lagi weh?macam mana kehidupan aku lepas kahwin nanti?sure sure laki aku dah habis duit dia melabur untuk majlis kitorang. macam mana dengan kerja aku mintak sana sini kat kl nun. ada ke harapan dorang nak panggil aku kerja?macam mana pulak kalau aku dpt anak cepat?macam macam benda aku fikir. kadang kadang aku sengaja imagine kalau aku boleh putarkan masa balik zaman lepas SPM, mesti seronok.aku takyah sambung belajar, pegi kerja kerani. at least sekarang aku dah stabil.dalam bank ada banyak cash,nak kawen pun anytime.susah hati sangat aku.skang ni orang asik la tanya aku kerja mana, tak kerja macam mana nak kahwin?macam mana nk byar hutang kereta sume?TENSION.




dah la.makin panjang makin bergenang air mata.





adios

anon

Monday, October 10, 2011

Cemburu Tandanya Sayang?

entri luahan hati pertama ni aku mulakan dengan luahan perasaan pasal hal cemburu. semua orang ada perasaan cemburu. sama ada terlampau atau tidak, terserah masing masing. bagi aku, aku sangat cemburukan seseorang yang pada mata kasar aku dia nampak gah dan hebat selalu.maksud aku, punya pakej yang menarik macam rupa paras dia, level of confidence dia, cara dia berkomunikasi, cara dia memainkan perwatakan yang bersesuaian dengan suasana dan tempat, cara dia dressing dan pemikiran yang luas dan sentiasa up-to-date. aku pernah cuba untuk mengambil beberapa contoh terdekat untuk dijadikan sumber inspirasi, tetapi macam tak boleh. senang cerita, kira macam aku ni berperwatakan tak 'line' dengan remaja seusia aku.


aku selalu impikan aku ni seorang yang boleh buat orang kagum dengan aku, kerjaya aku yang kukuh dan gah, punya aset yang boleh dibanggakan. tapi sekarang aku masih 'zero'. mungkin rezeki aku lambat lagi.insya Allah, aku percaya suatu masa nanti Allah pasti turunkan rezeki untuk aku.mungkin rezeki jatuh bertimpa timpa?siapa tahu kan?buat masa sekarang, aku hanya mampu cemburu dengan kejayaan orang sekeliling dan rakan rakan seperjuangan dulu saja lah.


seperkara lagi, aku cemburu sangat dengan orang yang cantik. means, cantik natural. tak payah mekap tebal pun dah nampak cantiknya. tak mekap lagi la subahanallah punya cantik. kekadang, aku teringin nak muka cantik macam diorang. tapi, aku tahu.tak baikkan kita hina diri kita sendiri?bersyukur adalah jalan terbaik untuk mengurangkan cemburu tu (even susah sebenarnya nak luahkan rasa bersyukur). jagalah segala aset pemberian Allah dengan baik sebelum Dia ambil balik suatu hari nanti. :)


aku pernah rasa cemburu dengan makwe line line macam aku ni dapat pakwe hensem, taf tampan bergaya dan nampak macam tak sepadan dengan dia secara realitinyalah. bukan aku nak kata apa, rasa tertekan dengar ayat "dah tertulis jodoh kami, aku tak berdaya nak menolak" "yeke dia hensem?terima kasih..aku tak memilih, tapi dah rezeki aku" "dia yang mulakan perkenalan tu. dia ikhlas nak kawan dengan aku. aku taknak sebab ramai sangat orang cakap dia tu hensem, macho, line abang abang.tapi at last, aku terima jadi pakwe". rasanya kalau betul perempuan tu taknak, dia mesti keep her words kan?tapi tak berlaku pun secara hakikinya.siapa taknak pasangan dia 'ada market' kan. phewww =_=''


aku rasa cukup lah kali ni.harap harap ada idea la nak tulis isu lain pulak nanti.tunggu la kalau ada benda nak disimpan kat sini. sehingga berjumpa lagi dan selamat renungkan dan fikir fikirlah adakah kita 'sekapal'?


with love.

Anon


Opening Ceremony

welcome to my world.


belog ini khusus untuk aku dan sesiapa juga meluahkan segala apa yang terbuku di dalam hati.sebelum jauh perjalanan belog ini, aku ingin tegaskan bahawasanya segala apa yang aku coretkan di dalam belog ini kelak hanyalah cebisan perasaan aku terhadap sesuatu perkara yang terjadi.sekiranya readers dalam situasi yang sama, anggaplah tulisan ini sekadar pelepas geram sahaja. aku bukan pengecut untuk tidak meluahkan isi hati macam sesetengah diantara kita. cuma aku rasa takperlu tergoda dengan bisikan syaitannirrajim untuk meluahkan semua 'kepanasan dalaman' supaya silaturrahim lebih berpanjangan dan tali persaudaraan ummat akan sentiasa berkekalan.



with love,

Anon ;)